Maksud Nur Shifa’
Nur – bermaksud cahaya manakala
Shifa’ – adalah perkataan/istilah daripada bahasa arab yang membawa erti rawat
justeru gabungan Nur Shifa’ bermaksud cahaya rawatan. Rawatan yang memberikan ‘cahaya’ kesembuhan kepada pengguna.
Pemilihan nama Nur Shifa’ adalah eksklusif dan membantu merawat penyakit tertentu.
Pemilihan Warna
Nur Shifa’ telah memilih dua warna utama sebagai lambang produk. Warna tersebut ialah:
Merah jambu- warna merah jambu dipilih kerana warna ini merupakan salah satu warna kesukaan Rasulullah S.A.W.
Warna yang melambangkan kelembutan dan ketenangan ini sesuai dimasukkan dalam kaedah rawatan produk Nur Shifa’.
Silver – tulisan produk Nur Shifa’ menggunakan warna silver@emas putih kerana mudah dibaca dan
sesuai dengan latar belakang produk yang berwarna biru.
Biru (warna pembungkusan produk) – warna biru dipilih sebagai warna latar untuk semua produk keluaran Nur Shifa’.
Tagline – Menceriakan Kehidupan Anda
- Memberikan kegembiraan dalam kehidupan semua sebagai satu cara perhubungan silaturrahim
Logo
Kubah- logo Nur Shifa’ adalah berbentuk kubah berwarna merah jambu.
Bentuk kubah secara asasnya memberikan binaan yang kukuh dan tegap. Pemilihan bentuk kubah dalam Nur Shifa’ melambangkan sebuah syarikat yang bakal maju dan kukuh di masa hadapan.